Syarat Permohonan

Syarat 1

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Belum mencapai usia 3 tahun
3. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 2

Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak yang dilahirkan di Selangor' yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
5. Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop boleh diambil dari :-

  1. i. Ahli Parlimen Selangor
  2. ii.Pusat Khidmat DUN Selangor
  3. iii.Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  4. iv.Penghulu/Ketua Kampung
  5. v. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  6. vi.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Syarat 3

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. **Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur)

**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada :-

  1. i.Penghulu/Ketua Kampung
  2. ii. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  3. iii.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Style Switcher

12 Predefined Color Skins Top Bar Color Layout Style Patterns for Boxed Version