Pada ibubapa ahli TAWAS yang telah mengambil Sijil Simpanan Tetap TAWAS-AmBank (SST TAWAS-AmBank) disarankan untuk membuat penutupan akaun tersebut selewat-lewatnya sebelum 15hb DISEMBER 2017 bagi melayakkan ahli mendapat manfaat Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00.



Berikut adalah Contoh SST TAWAS-AmBank :-




Ini kerana bermula Mac 2014 YAWAS telah menggantikan SST TAWAS-AmBank bernilai RM 100.00 kepada Penyata Simpanan TAWAS bernilai RM1,500.00.Pemegang amanah perlu hadir ke cawangan ambank seperti yang dinyatakan dengan membawa Kad Pengenalan, Sijil Lahir anak yang asal serta SST TAWAS-AmBank.

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan penutupan akaun Sijil Simpanan Tetap TAWAS-AmBank boleh hubungi talian 03-54818811/8814/8818/8830/8824/8832/8833.

** Adalah diingatkan hanya pemegang amanah sahaja yang berhak untuk membuat penutupan akaun tersebut.

** Sekiranya maklumat anak anda wujud dalam semakan ini, pemegang amanah perlu hadir ke cawangan bank yang dinyatakan bersama Sijil Simpanan TAWAS - AMBANK, sijil lahir anak dan kad pengenalan pemegang amanah yang asal.